Selepas baca e-mail Yahoo (ada kenkawan minta gambo Alumni Dinner lagi), buka Google pulak untuk search blogspot (kalau kut Yahoo tak jumpa dia, kecuali kalu cari Blogger). Tak sangka pulak, ada lagi orang lain guna nama abejoh sebagai blogspot address dia. 

Buka masuk ke blogspot abejohskut. Baru dibina bulan Disember lepas, cikgu kanan dari SK Ulu Tembeling. Kita pernah duduk kat Lepih (Kuala Lipis), jadi agak familiar jugak la dengan area tersebut.
Anyway, Abejohskut ada masukkan gambar-gambar keluarganya dalam posting. Apa yang Abejoh ni musykil ialah, gambo Cikgu Hamzah Ibrahim bersama mek dia tu, kalu dari jauh memang ada meh Pokcik Mejoh ni. Tengok kat sebelah kanan ni, abejohskut tu, bukan abejoh ni.
Kat sebelah kiri ni baru abejoh yang ini, bersama keluarga. Betul, kan? Ada iras-iras sikit lah. Sama bulat, rambut pun sama (tak) banyak.
I cuba masukkan komen kat posting dia, tapi tak berjaya. Nanti nak anto e-mail, boleh ber "network". Tambahan pulak anak sulong dia (form five) belajar kat sekolah lama I (walaupun atas nama sahaja, bukan lokasi sekolah yang sama).
We'll have a lot to talk about.
Note: Penerbangan itu adalah kali pertama menaiki Fireflyz, dan kali pertama dari Subang, dan ke Kerteh Airport, sejak sekian lama. Akan tiada blog posting tentang ini.

No comments:
Post a Comment