Permulaan sebenar laluan Kenyir ke Simpang Pulai ialah dari simpang ke Tasik Kenyir di Kuala Jeneris, Hulu Terengganu. Dari situ hingga ke simpang Jalan Gopeng di Simpang Pulai ialah +- 326 km. Kami ambil selama 5 jam untuk sampai diantara dua tempat tersebut, dengan kelajuan konservatif kami, dan juga R & R. Memang lebih dekat, dan lebih cepat, kalau nak dibandingkan dengan Lebuhraya Timur-Barat melalui Grik, ataupun jalan Kuala Lumpur mahupun Batang Kali.


Papan tanda ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di Kuala Jeneris, dari arah Ladang Sungai Tong / simpang jalan KT - Kota Bharu.Ada dua jalan untuk sampai ke Kuala Jeneris:
1.
Dari bandar Kuala Berang. Belok kekanan di simpang tiga penghujung jalan selepas bandar K.Berang.2. Simpang ke Kilang Kelapa Sawit Ladang Sungai Tong, belok kekiri dari Jalan KT-K.Bharu. (36 km dari K.Terengganu, selepas Felda Belara).Jarak dari simpang Kuala Jeneris ke Tasik Kenyir lebih kurang 12 km. Akan jumpa simpang kekiri untuk ke Pengkalan Gawi. Jalan terus, kecuali kalau ingin bersantai di Tasik Kenyir Resorts. Jalan yang dilalui untuk ke Gua Musang adalah dipinggir "jejari" Tasik Kenyir. Jalan baru, masih elok. Merentasi pinggir atau puncak bukit. Pemandangan yang indah, dengan hutan bukit bukau yang masih belum teruk ternoda, dan juga kelibat tepian Tasik Kenyir. Bagi peminat alam semulajadi (macam pakcik), tumbuhan taraf pokok balak berbagai jenis dikiri-kanan jalan memang amat mengujakan.


Jarak dari simpang Kuala Jeneris ke simpang masuk ke jalan ladang kelapa sawit Felda Aring ialah 83 km. Tahap satu jam perjalanan lah, tapi kami buat sejam setengah sebab campur aktiviti
sight-seeing dan ber
posing maut kat tepi jalan. Simpang Felda Aring ini penting sebab perubahan keadaan jalan. Biasalah, jalan ladang; kekadang OK, selalunya
kureng sikit. Sebelum sampai ke situ pun, dah ada perubahan, iaitu semasa merentasi sempadan Terengganu-Kelantan. Standard jalan memang turun sikit, dan boleh rasa udah masuk sempadan lain sebab keadaan pemandangan di kiri-kanan jalan. Kalau sebelum ini keadaan hutan bukau amat menggiurkan bagi peminat alam semulajadi , sekarang bukit-bukau penuh dengan tanda-tanda ternoda - aktiviti pembalakan.
Boleh tahan juga jarak perjalanan melalui jalan ladang Felda Aring ni. Untuk sampai ke simpang tiga jalan Gua Musang di gugusan Felda Ciku, sejauh 29 km. Memang setengah jam lah untuk sampai, tak kira kenderaan jenis apa, maupun cara pemanduan.
Lebih kurang 3 km selepas masuk ke simpang Felda Aring
Kami pusing ke kiri untuk ke Gua Musang di simpang Felda Ciku. Berhenti seketika selepas 22 km, di R&R Gua Musang. Kemudahan tahap yang sepatutnya untuk R&R - gerai makan, tandas, surau, stesen minyak dll. Tak berhenti lama di situ; cuma "perbetul urat" sikit-sikit sebelum meneruskan perjalanan. Masih awal untuk makan tengahari - beli nasi ayam "to go" di gerai sebelah stesen minyak Petronas sebelum simpang tiga ke Kuala Betis.
Perjalanan diteruskan dari R&R ke bandar Gua Musang. Di simpang tiga jalan besar bandar Gua musang belok ke kiri ke arah SMK Indra Petra 1, mencari simpang ke Kuala Betis. Di persimpangan lampu isyarat berhampiran balai bomba di sebelah kiri dan Masjid Tengku Faiz Petra (tak sampai 1 km dari simpang tiga tadi), kami belok ke kanan. Dalam 200 meter jumpa lagi satu simpang tiga. Ada stesen minyak Petronas di sebelah kiri sebelum sampai simpang tiga tadi. Ada banyak papantanda di simpang tiga tersebut; belok kekanan untuk ke satu simpang tiga lagi, kali ini belok ke kiri pulak, menghala ke Kuala Betis.
Setelah +- 39 km sejak bertolak dari R&R Gua Musang tadi, kami ambil simpang ke kiri di simpang Kuala Betis. (Kalau terus, sampailah nanti ke pekan Kuala Betis). Perjalanan diteruskan menghala ke Tanah Tinggi Lojing dan ke simpang Cameron Highland. Selepas kira-kira 87 km dan hampir sejam setengah kemudian, kami sampai ke sempadan Kelantan-Perak.
Kami tahu kami telah sampai ke Lojing, apabila di kiri kanan jalan dipenuhi dengan pemandangan penanaman bunga dan sayuran. Memang satu projek yang unik,
a very grand scale of activities...

Yang pastinya, sekarang kita sudah tahu / sampai ke simpang untuk ke Cameron Highland, untuk projek kami yang seterusnya.
Perjalanan diteruskan untuk ke Simpang Pulai. Bahagian laluan ini agak menggerunkan, buat kami. Dengan selekoh yang berputar-putar dan kadang-kala sempit, mengingatkan saya pada laluan lama Bukit Karak. Sekurang-kurangnya di jalan lama Bukit Karak tak pandu kenderaan sendiri!
Mujur tak lama - 45 minit kemudian selepas 47 km dari sempadan, kami pun sampai ke Simpang Pulai. Akhirnya. Di simpang tiga (di depannya kedai kain Jakel), kami belok ke kanan masuk ke Jalan Gopeng untuk ke Ipoh, dan sampai ke destinasi 15 minit kemudian, 1o km dari Simpang Pulai.
Aktiviti kami di Ipoh, lain tahun boleh cerita.